PULAU TIOMAN | 3 HARI 2 MALAM
Pulau Tioman 🏝️️ sebuah pulau di negeri Pahang tapi kebanyakan pelancong mengakses masuk ke Pulau Tioman melalui Jeti Mersing, Johor berbanding menggunakan Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin. Pulau Tioman ni ada beberapa kampung yang korang boleh tengok macam peta di bawah ni.
Adopt from: www.percutianbajet.com
WAKTU SESUAI UNTUK KE PULAU TIOMAN
Kedudukan Pulau Tioman ni berada di Laut China Selatan. Jadi, Musim tengkujuh di Pulau Tioman adalah pada bulan November hingga Februari sama seperti di Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dll. Kemuncak musim tengkujuh di Pulau Tioman ni pada bulan Disember, di mana kadang-kadang ombak di laut boleh mencecah setinggi tiga meter.
Kebanyakan resort di Pulau Tioman akan mula turunkan harga pada bulan Oktober. Awal bulan Mac Pulau Tioman baru nak pulih dari musim tengkujuh. Kalau ada promo pakej murah waktu musim tengkujuh, tak payah lah pergi. Rugi sangat dengan laut berombak 🌊 dan air laut tak jernih. Pergi masa kemuncak mahal sikit tak apa tapi berbaloi. Korang pergi lah antara bulan April hingga September.
KENAPA PILIH PULAU TIOMAN SEBAGAI
DESTINASI PERCUTIAN?
First of all, FJ tak pernah lagi
bercuti di pulau-pulau menghala ke negeri selatan. Pulau Tioman ni kira berhampiran dengan johor. kebetulan kawan pun ajak dan dah cari pakej, FJ pun on saja.
APA YANG MENARIK DI PULAU TIOMAN?
Kawan FJ cari pakej Pualau Tioman and then dapat pakej yang stay kawasan Kampung Salang. Bagi FJ, suasana di salang sangat tenang. Feel relax tu dari
hari pertama sampai hari ketiga. Pemandangan memang superb. Air laut sangat jernih dan cantik, pantai yang landai. Cuaca just nice tak panas terik sangat.
Snap gambar pun cantik. Dalam banyak-banyak gambar pulau yang FJ ada, gambar di Pulau Tioman paling fav. Yang paling seronok, balik dari pulau tak sunburn.
Kulit pergi macam tu. Balik pun macam tu juga. Selain cuaca,
faktor lain adalah sunblock yang bersesuaian. Tolong beli sunblock yang
Reef Friendly ye. Sayangi terumbu karang kita. Ahgitew 🤗
Lagi satu yang penting
keadaan di Salang tak terlalu bising. Nak kata tak ramai pengunjung tu tak juga
tapi mungkin sebab PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) waktu tu. Jumlah pengunjung mungkin tak seperti tahun sebelum ini. Dari segi
penduduk tempatan di Salang okay je dan murah
senyuman. Yang penting cara pandangan penduduk di sana bukan jenis membawang 😜
Tour guide yang FJ ambil pakej ni pun
senang berurusan dan memudahkan customers, peramah dan rajin tangkapkan gambar
customers. Tak skema dan boleh tukar-tukar itinerary ikut keadaan dan semua
tempat dalam list mereka akan bawa. Tak akan skip. Dari segi makanan pula, FJ tak ada beli
makanan luar sangat sebab kawan FJ cari dan ambil pakej all in. Cuma NN
teringin keropok lekor. So, beli je dekat tepi pantai berhampiran dengan jeti.
Harga lebih kurang 3 batang RM 1.00 saiz kecil-kecil.
KAMPUNG-KAMPUNG DI PULAU TIOMAN
Di Pulau Tioman ni banyak kampung 🏘️ Setiap kampung ada
pelbagai resort. Nak list satu persatu memang
susah. Nak share sikit
review suasana dekat kampung-kampung tersebut. So, bolehlah korang pilih pakej dan kampung mana yang ngam dengan korang.
Kampung Mukut
Kampung Mukut terkenal dengan keaslian tradisi Pulau Tioman itu sendiri. Kalau ada majlis keraian, atau sambutan tradisi, kampung nilah yang paling meriah. Keadaan di sini dengan Kampung Air Batang dan Kampung Salang, berbeza. Kalau korang jenis suka belajar tentang budaya dan suka suasana kampung, bolehlah menginap di Kampung Mukut.
Kampung Genting
Majoriti didiami oleh orang Melayu dengan suasana kampung yang damai. Kebanyakan yang melancong di sini adalah pelancong domestik. Suasana di sini lebih mesra keluarga. Harga resort di sini lebih ekonomi dan mampu milik sesuai untuk yang berkeluarga.
Kampung Paya
The Chinatown of Tioman Island. Majoriti penduduk Kampung Paya didiami oleh kaum Cina. Pelancong luar terutamanya dari negara China akan pilih kampung paya sebagai destinasi pelancongan dorang.
Kampung Tekek
Lebih kurang macam bandar di Pulau Tioman dan merupakan kampung utama di pulau ni. Mostly penduduk tempatan Pulau Tioman dapatkan sumber bekalan di Kampung Tekek seperti bekalan makanan, barangan runcit, bekalan tenaga, minyak dan sebagainya. Lapangan terbang pun terletak di sini. Terdapat pantai yang panjang dan banyak tempat penginapan. ABC ni tumpuan ramai backpackers. Ramai penduduk tempatan yang bekerja dan tinggal di sini. Resort mewah pun banyak dekat sini. Di Tekek agak happening dan boleh di katakan 24jam hidup. Tapi ada yang berpendapat pantai di sini kurang bagus dan suasana sedikit sibuk.
Kampung Juara
Kampung Juara adalah kawasan yang paling cantik di Pulau Tioman dan mempunyai pantai yang terbaik. Pada tahun 70-an, Pantai Juara telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. Menginap di Juara sangat sesuai untuk pelancong yang sukakan ketenangan. Suasana agak tenang dan kurang riuh macam di ABC atau Salang tapi keadaan di Juara jauh lebih baik dan cantik. Resort di sini kebanyakannya berkonsep ala-ala hipster dan urban. Harga resort 1 malam di Juara ada yang mahal ada yang sedang-sedang saja. Kena pandai cari dan ikut bajet sendiri. Kalau nak ke Juara ni, kena berhenti di Jeti Kampung Tekek dan korang kena naik 4wd (4×4) melalui jalan gunung. Ambil masa lebih kurang setengah jam ke 45 minit dengan bayaran RM40 seorang. Dulu ada feri berhenti ke Kampung Juara. Sekarang tak ada dah.
Kampung Air Batang
Dikenali sebagai ABC. Kalau jenis suka party boleh pilih ABC sebagai destinasi bila kalian ke Pulau Tioman. ABC ni terkenal dikalangan backpackers, terutama sekali pelancong dari luar negara. Mostly, pelancong luar negara gemar menginap di Air Batang Chalet. Harga resort di sini sesuai dengan target market pengusaha resort iaitu pelancong luar negara. Jangan terkejut kalau nampak banyak beach bar 🍻 (tidak halal) yang dibuka di sini.
Kampung Salang
Salang ni adalah destinasi terakhir feri berhenti.Tempat paling hujung di Pulau Tioman. Kebanyakan orang-orang di Jeti Mersing akan suggest Kampung Salang untuk orang bujang. Seperti ABC, Salang juga merupakan port untuk backpackers lepak dan santai terutama orang bujang dan di sini juga mempunyai pantai yang cantik dan jernih. Ombak tak kuat. Suasana damai. Kalau santai petang-petang tepi pantai atau di jeti memang best. Dekat Kampung Salang juga ada banyak tempat cantik yang di deco untuk snap gambar. Yang minat scuba dan nak dapatkan lesen scuba pun boleh. ada pusat scuba dekat sini.
Kebanyakan info ni FJ review 💻 and buat research sikit dari pengalaman orang-orang lain yang dah stay di kampung-kampung yang FJ list kan di atas.
JETI KE PULAU TIOMAN
Terdapat dua jeti untuk ke Pulau Tioman:-
1. Pelabuhan Feri Tanjung Gemok
Bilangan pelepasan feri 🛳️ dari jeti ni adalah pada waktu pagi dan petang. Masa perjalanan feri ke Pulau Tioman lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam. Bergantung pada cuaca dan destinasi kampung.
Harga tiket:
RM35 – Dewasa
RM30 – Kanak-kanak
2. Pelabuhan Feri Mersing
Dari Mersing, masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah dalam sekitar 2 - 3 jam.
Harga tiket sehala:
RM70 – Dewasa (Dua hala)
RM60 – Kanak-kanak (Dua hala)
Kalau korang beli tiket secara online, harga mahal sikit sebab ada booking fees. Feri dari Mersing berlepas setiap 2-3 jam setiap satu di antara 7:30 pagi ke 5:00 petang. Masa perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman bergantung pada jarak jeti kampung penginapan korang.
Kalau korang nak call pihak jeti Mersing atau Tanjung Gemok korang boleh try bawah nombor bawah ni.
Mersing :
07-7994811
Tanjung Gemok: 09-4131362
Ruang parking kereta ada je berhampiran Jeti Mersing (Kos: RM15/1 hari). Pastikan korang simpan tiket parking dengan baik. Kalau tiket hilang, kena bayar denda dalam RM80 kalau tak silap lah. Kalau boleh cari lah parking kereta dekat kawasan yang berpagar.
ITINERARY FJ DI PULAU
TIOMAN
By the way, FJ pergi ke Pulau Tioman pada 5 - 7 Julai 2020 dan FJ ambil pakej dengan Raid. Service terbaik ⭐⭐⭐⭐⭐ kalau korang nak ke Pulau Tioman boleh survey dengan Raid.
· Contact number:
+60197699906 (Raid)
· Instagram Raid : @_theraidocean
DAY 1
Breakfast di
kampung nelayan mersing makan nasi lemak laksam and so on
Beli ticket
ferry rm70 return pukul 1130am
Park kereta
dekat rumah kak zue, kawan NN duduk kuarters pejabat tanah Kawasan berhampiran.
Naik ferry
bluewater 2 jam 30 minit
Check in Salang
Indah
Lunch makan
nasi, lauk ayam paprika, tomyam, telur dadar, air sirap
Rehat.
Petang sight
seeing jalan tepi pantai.
Makan keropok
lekor
Malam dinner telur dadar, ikan masak sweet sour, sotong masak kicap, tomyam ayam, sayur goreng campur dan tembikai
DAY 2
Breakfast nasi
lemak, roti bakar, mee goreng
Snorkeling trip
- Coral island 4 point
1. Soyak
island – ada coral tapi banyak yang mati. Sayang betul
2. Pasir
Panjang beach - Lunch di pasir Panjang beach. Makanan bungkus.
3. Genting
bay – satu kolam yang luas. Tak ada ikan tak ada coral, hanya pasir. Air sgt
jernih dan tenang, tak ada angin. Memang santai habis
4. Malang
rock – ada batu yang tak pernah kena air. So dia malang. Dkt situ kita
snorkeling trekking. Raid bawa pusing pusing sekitar batu tu. Tapi sangat
cantik. Banyak coral hidup warna warni. Spot untk orang orang scuba
Petang balik
kampung salang
Rehat
Keluar sight seeing + snap gambar
Layan sunset
Balik bilik
rehat dan mandi
Dinner bbq
DAY 3
Breakfast mihun
+ telur dadar roti bakar
Check out
10:30 am naik
feri return
1 jam 45 minit
sampai di Jeti Mersing
Balik singgah
Kluang station beli roti bakar. Dah petang banyak makanan dah habis.
Singgah rumah parents. Nana and Yana balik KL dulu dalam 8pm
FJ and NN balik subuhnya. Gerak dalam 4:30 pagi. Sampai KL 6:30 pagi rehat kejap then tukar baju terus gerak masuk office. Tu jela cerita dia. FJ sangat suka Pulau Tioman memang recommend korang stay di Salang. Gambar-gambar semua nice sebab cuaca sangat cantik. Next plan nak ke Pulau Besar atau nama asal dia Pulau Babi Besar 😅
Love,
𝐹𝒿 𝓂𝑜𝓀𝓇𝒾




0 comments